Tuesday, September 29, 2009

Keajaiban di peperangan Gaza

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? selanjutnya: http://isuhagat1.blogspot.com/2009/05/keajaiban-di-peperangan-gaza.html

... apa nak dikata lagi..??

Sesungguhnya yang benar tetap benar.. akan hancur binasalah kaum yahudi di akhir zaman.. Allah maha besar..ku bertaubat kepada mu atas kesalahan ku dulu kini dan selamanya..

Tuesday, September 8, 2009

Amerika kuasai pasaran senjata

WASHINGTON 7 Sept. – Amerika Syarikat (AS) menguasai lebih dua pertiga dari jualan senjata asing pada tahun lalu, tahun yang menyaksikan penjualan global terendah untuk tiga tahun berturut-turut. selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

....................

Jualan senjata merupakan satu perniagaan yang mencecah berbilion dolar setahun.. Bukan sepertimana penjualan gula yang menjadi rutin minuman manusia, senjata pula memerlukan peperangan untuk melariskan perjualannya, maka itu merupakan satu faktor kenapa As begitu beria-ia cuba mewujudkan ketegangan dan mepromosi berlakunya peperangan..

Di israel, palestin, korea utara, Afganistan, Iraq dan Iran merupakan satu propaganda As untuk memulakan peperangan dan mereka akan jadi orang tengah antara dua musuh yang disokong sendiri oleh mereka.. Kita jangan la terjebak dengan penipuan mereka. Bagi kta rakyat Malaysia hendaklah sentiasa bertolak ansur disamping memperkuatkan pertahanan negara dengan mengurangkan pembelian senjata dari As.. Boikot barangan mereka

Bekas MB Kelantan meninggal

KOTA BHARU, 8 Sept: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan.

Seterusnya: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22414&Itemid=1

Saya ucapkan Alfatihah dan takziah kepada keluarga beliau..

Monday, September 7, 2009

Israel terus bina rumah haram

BAITULMAQDIS 6 Sept. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak lama lagi akan meluluskan pembinaan beratus-ratus rumah baru di wilayah Palestin di Tebing Barat, sekalipun Amerika Syarikat (AS) menuntut semua aktiviti pembinaan dibekukan.

Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm

Ulasan:

Allahuakbar...

" sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka" - surah: Al-Bakarah ayat 45

Kezaliman kaum yahudi bukanla perkara baru malah telah berlaku pada zaman para nabi lagi. Mereka sanggup membunuh nabi sedangkan mereka tahu tentang kebenara karasulan nabi. Kalau la pada zaman nabi mereka dah keras kepala apatah lagi pada zaman sekarang ni yang mereka telah meguasai dari segi ekonomi dan peraturan dunia.

Wahai umat islam, jangan la kamu berputus asa dengan rahmat Allah..Kuatkanla pertahan dan silaturahim antara kita..Tentang la mereka yang zalim, berjihat la kita kejalan Allah..Jika tidak mampu mengangkat senjata berdoala kepada Allah swt yang maha berkuasa supaya memberi petunjuk dan kemenangan kepada pejuang islam di seluruh dunia .. ameen...

Tiga terbunuh empat parah


PASIR PUTEH 6 Sept. - Tiga terbunuh, empat parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 50, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di Kampung Bukit Yong, dekat sini malam tadi.

selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Saban tahun bila nak raya ja mesti heboh kerana kemalangan jalan raya dan main mercun.. saya berpendapat perkara ini bukan main-main, masyarakat perlu peka dan mengambil serius tentang kejadia-kejadia ini. memang benar ajal maut di tangan tuhan dan mungkin ini adalah suratan takdir..al-fatihah kepada mangsa kemalangan di pasir puteh kelantan ini..

Kepada masyarakat yang hendak pulang ke kampung, sebelum perjalanan tu solat hajat la minta keselamatan semasa perjalanan pulang.. Pastikan kenderaan diperiksa dan stamina pemandu sendiri berada dalam keadaan baik.. sama-sama la kita berdoa supaya tiada lagi kemalangan jiwa semasa pulang berhari raya.. ameen..

Sunday, September 6, 2009

H1N1

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

  1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

  1. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

  1. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

  1. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

  1. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah.......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan “PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!.”...... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

  1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
  2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
  3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
  4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
  5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

  1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
  2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
  3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
  4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Bukti penting untuk kebenaran...

Polis disyor rakam demo sebelum buat tangkapan..?? - sumber malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/112246

pada pandangan saya bagus jugak kerana kalau cakap ja polis buat tangkapan kerana merusuh tapi tak ada bukti tak bagus jugak.. kepada angota polis buat la apa yang bagus untuk keamanan di Malaysia tercinta ini.. dan kepada yang merusuh tu kalau nak buat demostrasi buat la tapi jangan sampai menyusahkan orang sekeliling kita.. hormati hak orang lain jugak

salam Ramadhan

Tak sangka kejap ja dah lebih dua minggu kita berpuasa kan..? pas ni bagi yang betul-betul menghayati bulan ramadan pasti akan sedih dengan pemergian bulan yang penuh rahmat dan berkat ni..bagi yang tak tahu tentu tak sabar nak raya..apa pun sama-sama la kita berdoa supaya tuhan panjangkan umur kita supaya boleh berjumpa dengan ramadan tahun depan.. ameen..

DASAR EKONOMI BARU

Dari Blog Tun Mahathir

1. Saya berasa amat sedih kerana terdapat ramai daripada Melayu yang terpelajar menolak Dasar Ekonomi Baru kononnya DEB menguntungkan hanya segelintir daripada kroni pemimpin Kerajaan terutama semasa saya menjadi Perdana Menteri.

2. Mereka ini cuma nampak beberapa kerat peniaga dan pengusaha Melayu yang berjaya. Pendapat mereka ialah semua yang berjaya tentulah kerana mereka kroni, terutama kroni Perdana Menteri. Kata mereka kejayaan Melayu bergantung bukan kerana apa mereka tahu tetapi siapa mereka tahu. Ayat ini datang daripada kecaman orang tertentu yang asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu, "It is not what you know but who you know", yang memberi kejayaan. Penggunaan ayat ini oleh orang Melayu sendiri membuktikan betapa mudah minda mereka dipengaruhi oleh orang lain supaya mereka sendiri akan memburukkan diri mereka.

3. Sebelum saya bincang samada benar atau tidak benar tuduhan ini, izinkan saya jelas sedikit akan Dasar Ekonomi Baru.

4. Matlamat ringkas DEB ialah;

a. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

b. Menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi

5. Semasa DEB dilancar kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun pada lima peratus. Matlamat pertama jelas telah tercapai. Majority daripada yang miskin adalah Melayu dan Bumiputera lain.

6. Bagi matlamat kedua, kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10 peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sekarang bahagian mereka berjumlah 40 peratus. Ramai yang menjadi pakar.

7. Demikian juga dalam profesyen lain, pensyarah dan profesor dalam universiti.

8. Jumlah mereka beratus ribu. Apakah mereka yang mendapat pelajaran sehingga ke universiti semuanya daripada keluarga yang kaya yang ada hubungan dengan pemimpin Kerajaan? Apakah mereka mampu mendapat pelajaran ini tanpa DEB? Apakah bagi mereka ini DEB tidak berguna?

9. Berkenaan agihan saham dibawah DEB. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon untuk saham baru.

10. Keuntungan daripada jualan saham dihabis secara hangus.

11. Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

12. Oleh itu ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja.

13. Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

14. Tanpa DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham syarikat-syarikat gergasi. Dapatkah kita tolak DEB kerana hanya menguntungkan kroni sahaja. Tidak adakah orang lain yang juga dapat manfaat.

15. Sekarang berkenaan Bumiputera yang kaya raya. Jumlah mereka sudah beribu. Hampir semua mereka mendapat peluang daripada Kerajaan. Sebab?

16. Sebabnya ialah hanya Kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang memberi peluang kepada mereka. Umpamanya, tidak ada kontraktor Bumiputera yang dapat kontrak daripada orang lain. Kerajaan melayan mereka kerana DEB.

17. Apakah mereka terdiri daripada kroni? Mereka yang berjaya pada mulanya mendapat peluang kecil-kecilan daripada Kerajaan. Jika mereka jual peluang ini, samada kontrak, lesen, AP atau permit lain, mereka tidak akan dapat peluang berkali lagi.

18. Bagi yang tidak jual, yang usaha sendiri dan membuktikan kebolehan mereka memangpun mereka patut diberi lebih banyak lagi peluang. Justeru itu ada yang amat berjaya hingga menjadi jutawan.

19. Apakah mereka kroni? Memang yang berjaya akan dikenali oleh ramai termasuk Perdana Menteri. Kalau nak elak daripada ada yang dianggap sebagai kroni, caranya ialah dengan menentukan tidak ada sesiapapun daripada Bumiputera yang akan berjaya. Ini mudah sahaja. Sesiapa yang Nampak Berjaya jangan bagi kontrak, atau lesen lagi.

20. Walaupun demikian adalah diakui ada yang ditolong secara keterlaluan oleh Menteri. Tetapi jumlah mereka tidak ramai.

21. Apakah kerana penyelewengan yang sedikit ini kita harus tolak DEB? Kata Mat Salleh, "Do you throw out the baby with the water in the wash basin?"

22. Jika kita buat perhitungan yang ikhlas kita akan akui yang DEB memanfaatkan bukan segelintir tetapi berjuta-juta Bumiputera. Amatlah menyedihkan apabila ada Bumiputera yang juga mendapat menfaat dari DEB yang begitu sekali ingin mendapat label "liberal and non-racist" dengan cuba menghapuskan orang sebangsa mendapat peluang dari DEB.