Harga minyak RON95 dijangka akan naik lagi... Kebanyakkan rakyat menyalahkan Kerajaan BN disebabkan kenaikkan ini, mereka mengatakan yang kerajaan BN tidak mengambil alternatif untuk menyenangkan rakyat tetapi membebankan rakyat. Ini disebabkan semua orang tahu apa bila harga minyak naik maka harga barang jugak akan naik.
Sememangnya kita tahu pekedai dan peruncit sememangnya akan menaikkan harga barangan disebabkan peningkatan kos pengangkutan. Apa yang menjadi persoalanya kenapa harga minyak naik sedangkan harga minyak mentah dunia turun dan naik sepanjang minggu.. Apakah bila harga mentah dunia naik maka harga minyak RON95 akan naik? dan bagaimana pula jika harga minyak mentah dunia turun? yang pasti harga RON95 tidak pulak turun..
Dari segi politik, kerajaan BN tergamak menaikkan harga minyak disebabkan utk mengurangkan subsidi kerajaan. Jika kita lihat apakah dengan wang subsidi yang dipotong itu boleh digunakan untuk pembangunan insfrastruktur bagunan dan sebagainya yang hanya menguntungkan kontraktor dan kroni2 sahaja? Sedangkan dengan memberi subsidi kepada penjualan minyak RON95 akan menguntungkan semua pihak terutama rakyat yang berpendapatan rendah mahupun tinggi..
Dari segi logik berpolitik, takkan kerajaan BN sanggup menaikkan harga minyak sedangkan mereka tahu dengan kenaikkan ini rakyat akan menolak kerajaan BN sekarang dan kita sudahpun tahu yang kerajaan sekarang tidak sekuat seperti dahulu di zaman pemerintahan Tun M. Apakah logik difikiran ahli-ahli politi? Jika boleh semestinya mereka akan cuba untuk menarik rakyat menyokong mereka dengan memberi segala kebaikkan kepada rakyat terutama harga minyak yang rendah. Apakah sememangnya tiada cara lain untuk mengelak kenaikkan minyak ini.. Fikir2 kan :)
kurangkan subsidi sebab nak tampung perbelanjaan bik mama...dia kan ada pasukan kompang.Besar jugak belanja pasukan kompang PERMATA dia tu..hihi
ReplyDelete