Friday, August 19, 2011

Arsenal vs Liverpool

Perlawanan ke-2 EPL akan bertemukan Arsenal dengan Liverpool di Emirates. Banyak persoalan yang timbul setelah dua pemain utama iaitu Gervinho dan Alex Song digantung perlawanan manakala J. Wilshere, K. Gibbs dan Djourou mengalami kecederaan. Rosicky pulak dikhabarkan akan direhatkan pada perlawanan ini.

Percaturan wenger dilihat akan meletakkan Jenkinson di sebelah bek kiri dan bek tengah akan diterajui oleh Vermaelen dan Koscienly. Di bek kanan Sagna akan diberi tanggugjawab seperti biasa.

Di bahagian tengah, E. Frimpong akan menggantikan tempat A. Song dan harapan menggunung diletak di bahu RVP untuk meledakan gol seawal yang boleh. Selain itu wenger menjelasakan berkemungkinan akan menurunkan samir nasri pada perlawanan ini.

Line up yang dijangka:

Szczesny

Sagna- Koscienly- Vermaelen - Jenkinson

Frimpong- Ramsey - Nasri- Ryo

Walcoot- RVP- Arshavin


Diharapkan dengan barisan pemain yang ada ini, Arsenal mampu mencatatkan kemenangan pertama EPL untuk terus berada antara pasukan terbaik awal musim..

** Perlawanan akan bermula jam 7.45pm

No comments:

Post a Comment